1
2
3
✛
the truth about me
walaupun tajuk in english but memandangkan english aku tak berapa bagus aku putuskan untuk menggunakan bahasa ibunda aku iaitu bahasa melayu.and aku bercadang ingin menggunakan bahasa yang lebih elok.kebenaran tentang saya.
seperti yang anda sedia maklum.paada kali ini saya ingin memberitahu sesuatu tentang diri saya.ya.ianya merupakan sesuatu yang mungkin akan membuatkan anda rasa tidak percaya dan bla bla bla.kebenarannya ialah saya tidak mengetahui apa itu rasanya sayang.pelik?pelik atau apa pun yang anda fikirkan, itulah kenyataannya.selain itu, saya juga tidak mengetahui apakah rasanya rindu.apakah itu cinta.apakah rasanya sakit.apa yang saya tahu hanya satu.iaitu sayang kepada keluarga yang bermaksud saya tidak sanggup mereka terseksa.itulah sahaja yang saya tahu tentang sayang.iaitu sayang kepada keluarga.semasa saya kecil,mungkin saya lebih merasakan apa itu kasih sayang keluarga.tetapi kini saya tidak tahu langsung bagaimanakah rasanya sayang itu.sama ada sayang kepada keluarga atau pun sayang kepada yang bukan muhrim.pelik?tidak.sakit?saya tidak pasti.adakah saya sakit?jika ya sakit apa?tidak.tidak mungkin saya sakit.saya tertanya-tanya persoalan tentang apakah itu sayang,rindu,sakit dan sebagainya sejak seorang senior(L.H) saya mengatakan bahawa 'dia cuba mengambil hati saya selama 2 tahun.tetapi adakah saya telah menyayayanginya?tidak'.itu yang diberitahunya kepada saya.semenjak itu saya tertanya-tanya bagaimanakah perasaan-perasaan tersebut?adakah kebaikannya sekiranya saya tidak mengetahui bagaimana rasanya sayang,rindu,sakit dan sebagainya?sesungguhnya hanya Tuhan saya iaitu Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala yang ditakdirkanNya untuk saya.saya rela menerima sekiranya saya tidak mengetahui perasaan-perasaan tersebut sekiranya itu yang lebih baik.
ya Tuhanku,jauhilah aku daripada perkara yang Engkau larangi.amin.
p/s:maaf ye senior.ada masuk tentang senior pula.
Labels: 2010, back to the past, exam, PMR, sdikitbotme, seniors