help?
i need novels to away from facebookLabels: 2010, back to the past, PMR, ramadhan, sdikitbotme
SHOOT!
STOP IT ! DON'T BOTHER ME WITH THOSE THINGS ! JUST STOP IT ! SHOOT!Labels: 2010, back to the past, PMR, ramadhan, sdikitbotme
kenapa
kenapa aku merasakan aku dipinggirkan ?sebaik sahaja zainor mengatakan tentang perkara itu , oh! sesungguhnya , aku terasa disisih dan dipinggirkan oleh rakan ku sendiri . mengapa ? salah aku ? oh maaf . aku faham . aku bukan lah rakan yang baik . sekali lagi , maaf .
Labels: 2010, back to the past, bout ma fren, PMR, ramadhan, sdikitbotme
keinsafan menjelma
Labels: 2010, back to the past, PMR, ramadhan, sdikitbotme
update updated
Trial PMR
Ahad, 2010 Ogos 15
14 ogos
Sabtu, 2010 Ogos 14
tarawih pertama
Labels: 2010, back to the past, exam, PMR, ramadhan, sdikitbotme
Kelebihan Ramadhan =]
1. Dibelenggu para syaitan dan jin.
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.
Sumber Tazkirah
Labels: 2010, back to the past, PMR, ramadhan, sdikitbotme, tip
mandi hujan =]
hari ni,aku gembira :) walaupun habis sekolah dah start hujan tapi aku suka :) aku balik jalan kaki dengan atikah :)
balik rumah jalan kaki dengan hujan yang tak lebat sangat turun :) ya!!!!!! aku mandi hujan <3 i''m lovin' it! hehe
dah lama aku tak mandi hujan sebab tu gembira sangat dapat mandi hujan ^_^ ya.basah kuyup aku jadinya.=D baju, kain, tudung dan beg sekolah aku basah.tapi beg aku tak la basah mana pun.
TERLALU GEMBIRA SAMPAI TIDAK TERUCAP!!!!! heh-heh-heh-he
Labels: 2010, back to the past, hujan, PMR, ramadhan, sdikitbotme
kelebihan wanita =]
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Labels: 2010, back to the past, kelebihan, PMR, ramadhan, sdikitbotme, tip
Lovely Month
assalamualaikum :) yes yes i know it kinda late to say this but i really-really want to say it. To All Muslim, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan pada kali ini membawa 1001 rahmat :)dalam bulan Ramadhan ini,eloklah kita (Muslim) membanyakkan amalan sunat dan tidak meninggalkan amalan fardhu.contohnya seperti membaca Al-Quran sepertimana yang ada di dalam gambar di bawah ini.selain itu kita boleh la menunaikan solat sunat tarawih; lebih afdal sekiranya dilakukan secara berjamaah. selalulah berdoa kepada Allah dalam bulan yang mulia ini terutamanya pada malam Lailatul Qadar. dipendekkan cerita, banyakkanlah beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini. :)
ketiga-tiga gambar ini adalah daripada photobucket :)
^ dari Abu Hurairah r.a.,sabda Rasulullah s.a.w. ; " Barang siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.,maka dosa-dosanya yang terdahulu diampunkan" (Bukhari dan Muslim)
sekali lagi : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Labels: 2010, back to the past, PMR, ramadhan, sdikitbotme
ngeh
07 ogos06 ogos
hurm.esok ada hari kantin.hurm.diorang datang ke?aku hantar mesej tak dapat reply pun..... >o<
maths,sudah HABIS belajr semua topik!!!!! O-O
04 ogos
harini cikgu pj aku ; pn Chuah tak datang.sej bincang handout yang cikgu bagi minggu lepas,seni :D cikgu suruh lukis lagi sebab haritu ramai yang tak hantar....aku lukis burung.....muncung burung tu aku tak reti buat so aku minta tolong cikgu :DDD yeh puas hati la dengan lukisan aku....heheh khb cikgu suruh buat nota tentang yang tajuk makanan kuih-kuih semua tu.....err,lapar pula bila buat nota tu haha bi and sejarah tak belajar sebab tak ramai,pelajar cina ada seminar bahasa cina.
3 ogos
harini ada seminar science.cikgu dari sekolah permatang dekat perak dijemput untuk seminar harini.nama cikgu tu mustaqim.but aku tak ingat ler pula nama penuh cikgu tu -.-'
hgh.kesian pun ada juga aku tengok cikgu tu sebab fatin cakap dia tak faham apa yang cikgu tu ajar.eih.ok apa.ada tips yang dia bagi.especially tips nak jawab kertas 2 soalan no 7 and 8.cikgu tu cakap,kalau nak jawab soalan tu,tengok diagram/gambar yang diberi je.........then macam semalam juga la.kitorang balik kul 1.05pm.
2 ogos
harini ada seminar mathematics......orang yang berucap cikgu dari sekolah lain.....yap sebenarnya maths ni best.........but aku ni je yang kureng rajin thats why la score aku pun kureng....humph :( ok la cikgu dari sekolah lain yang bagi ceramah/mengajar kitorang......buat handout,ada juga cikgu tu bagi tips or yang sama waktu dengannya :D sepanjang satu hari seminar berlangsung.except time rehat la :)
MYDIN
ahad 1 ogos aku pergi MYDIN :)
Labels: -_-, 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme
posting (?)
ok thats enough.stop it.haih,this week,i didn't post anything yet except tips from kak Hanis Zalikha blog. -.- i like the tips thats why i share it here :D hm.ok ok fine.i'll try to remember what had happen in this week..... =.=
monday - 26 julai 2010
hurm nothing special i think.we learn as usual.oh ya.W didn't come to school again this day.last week,on monday also W didn't come to school.:( S told me that W had fever! o.o kesian W :'( S also told me that W had fever after he got back from the camp fire that he go.W, kesian kau T.T i hope you will get well soon. :')
tuesday - 27 julai 2010
awal-awal kena marah =.= cikgu suruh kitorang semua keluar dari kelas sebab cikgu suruh orang yang bertugas sapu sampah semua tu buat kerja diorang.aih!then belajar macam biasa.seni tak belajar....aku tak tau la,mungkin kitorang dah habis syllabus :D (betul ke ejaan?) aku baru nak hantar lukisan yang sepatutnya dihantar pada minggu lepas.....erk! MAAF cikgu! -.-pjk buat ujian segak......:D best sebab pakai baju sukan HAHAHAHA time sivik aku betul-betul rasa serba salah =.=' ugh.......cikgu,minta maaf banyak-banyak..........saya tak teringat nak bawa resipi untuk buku skrap tu.....saya nak cepat pagi tu......maaf lah cikgu :( agama/pendidikan islam 3 masa....ohohoho ngeh!penat kaki aku =.= heh tak apa lah......demi ilmu :) then tiba-tiba ustazah suruh kitorang membentuk empat orang empat orang.dengan itu terhasilnya beberapa kumpulan.then ustazah cakap lepas ni kitorang kena duduk dalam kumpulan macam ni o.o !!!!!! oh my!!!!!!bukan aku tak suka.it just that aku pandang belakang.thats mean budak lelaki yang duduk depan aku that is S,W,F and A diorang urgh.....aku tak selesa la.bukan aku nak perasan je lebih.but aku risau kalau-kalau diorang pandang-pandang aku ke apa ke.....ish!!!!!!!!!!simpang malaikat empat puluh empat la!!!!!! >3<
rabu - 28 julai 2010
pjk buat ujian segak lagi :D tapi aku tak pakai baju sukan harini sebab aku dah buat ujian segak semalam.sejarah cikgu suruh kitorang buat latih tubi then bincang jawapan.seni tak belajar so aku,fatin and suzie borak la apa lagi :D kitorang cakap macam-macam benda.then kitorang cakap tentang pencuci muka pula.oh baru aku tau yang fatin sebelum ni dia tukar-tukar pencuci muka and suzie dia pakai safi balqis punya.dia cakap benda tu ok.huhu
khamis - 29 julai 2010
bm belajar komsas macam biasa then...........kringggggggggggggg.........................aku ingatkan dah habis time bm sebab fatin cakap macam tu but then desmon cakap fire something then ohh latihan kebakaran xD yeehhh!!!!!haha classmate aku yang lain aku tengok rileks je...kitorang tak de jalan cepat-cepat macam yang cikgu suruh...ngee xDDDD then sampailah aku di padang~~~~~~urgh,dah la aku tengah tak selesa
jumaat - 30 julai 2010
3k urgh aku TERlupa lah pula nak bawa buku 3k aih -.-' science buat nota bab 9!!!!!! YAY!!!! bab yang aku tunggu-tunggu selama ini!!!HOHOHO aku tak tahu kenapa aku suuuuukkkkkkaaaaaa bab tentang star-star,galaxies galaxies dan yang sama waktu dengannya :DDDDDD ngehngeh ;p I LOVE IT UH HUH UH HUH!!!!!! :] tapi kan,aku tengok dalam buku teks,sikit je orh tentang chapter 9 ni :( sedih..........hurm tak apa la....maybe ada hikmah right????? bi buat summary and cikgu ada bagi latihan untuk dibuat.then maths belajar bab 15 that is LAST CHAPTER! OH MY GOD.YA ALLAH.pejam celik pejam celik je dah nak habis topik.....astaghfirullahalazim......urm tadi belajar 15.1 and 15.2....syukur alhamdulillah aku faham :) terima kasih Ya Allah. :)
Labels: 2010, back to the past, expresspost;], PMR, sdikitbotme
another tips from kak hanis :]
Sunday, June 20, 2010More hair experiment by me
Okay, tau tak apa yang I baru perasan? Mestilah tak tau, sebab tuh I tanya. Kalau korang dah tau mesti I tak tanya sebab nanti korang annoying kata TAU DAHHH. Vavi.
Eh eh main-main pula. Okay okay serious. I kan pemerhati. Kalau pergi saloon pun I observe semua benda. And! I perasan kalau diorang cuci rambut, mula-mula pakai air panas, pastu cuci lagi pakai air sejuk. Maksudnya macam ni;
RINSE OUT SHAMPOO USE HOT WATER
RINSE OUT CONDITIONER USE COLD WATER
Maka hari ini atau esok atau lusa, apa kata kamu cuba cara ini dan beritahu result. Tak bukan result CGPA kau. Eh tapi tu nak bagitau pun boleh :B Eh hoi, bagitau result keadaan rambut lah. Sebab I dah cuba. Malam tu I mandi, I shampoo rambut then basuh guna air panas, kemudian lumur conditioner pastu cuci guna air sejuk pula. Akhirnya, balut rambut guna towel untuk hilangkan air menitik. Buka tuala (kat kepala, TUALA YANG KAT KEPALA) kemudian biar kering sendiri (jangan gosok2 dengan tuala). Esok bangun pagi rambut lebih terurus. CUBA TRY I NAK TAU RESULT SAMA KE ATAU RAMBUT I JE SESUAI BUAT CENGGINI.
---------------------------------------------------------------------
ni salah satu komen dari post kak hanis tu....aku rasa ianya berguna jadi,kongsi disini ;
Hana Jaffar said...
hi hanis :)
through what I've learnt,
air panas tu open up the hair cuticles. senang untuk shampoo go through and cuci keluar yg kotor2.
and u dont need to use too much shampoo!it's not the quantity yg tentukan rambut u cuci bersih ke tak. actually, a 10sen size shampoo blob je dah cukup. then just work it into lather, and cuci whole head. buih2 tu yg work as pengumpul kotoran.
rinse with hot water biar semua tu mengalir keluar. then put on your conditioner. after 5-10minutes, rinse out with cold water to lock in the moisture. air sejuk tu tutupkan balik hair cuticles, and the conditioner stays in and help to bring out the shine and softness.
just toweldry will do. try not to use heating tools too often.
while towel dry, just pat it dry jangan rub it all over, and just gulung for the towel to absorb for air2 basah tu. then open up, and biar airdry dgn sndiri.
or else, your hair akan dry and frizzy.
need more explanation, or ada any other questions, dont hesitate to ask me. nak panggil i go over buatkan rambut pun boleh :)
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme, tip
tips dari kak hanis blog
Penjagaan kulit tanpa mengira jantinaKulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk. Sebab itu dari kecil, ibu bapa akan pakaikan anak lotion berbotol-botol sebab kulit anak sangat cantik, maka mereka nak jaga dan harap ia akan kekal begitu selamanya. Tapi bila dah besar sikit, start main panas kat luar tak peduli terik mentari. Terus kulit gelap. Orang kata jangan basuh muka waktu berpeluh, basuh juga. Terus kulit berpanau. Orang kata jangan basuh muka untuk dapatkan panau banyak-banyak satu muka supaya putih seluruh wajah, degil. Terus kulit dapat 3 panau.
Bila dah besar sikit, konon ada kesedaran, tapi lepas mandi sapu losyen kat muka sahaja. Bila ambil gambar, tengok muka putih leher hitam, terus delete. Bila pergi mandi-manda laut duduk tepi pantai konon nak dapat sun-kissed tan macam artis Hollywood lalu tidak mahu pakai sunblock, terus kulit hitam legam dah boleh audition watak dalam God Must Be Crazy. Dah dewasa ingatkan dah tengok semua iklan pencerah wajah, kalau tak putih tak menang award, ingatkan dah sedar akan kepentingan penjagaan kulit, tapi pergi kuliah wah jalan bawah panas terik takde nak cover-cover muka dengan buku. Bawa payung ke kelas apatah lagi, memang takkan jadi reality sebab takut budak lelaki ejek gelabah ke hulu ke hilir pakai payung. Padahal lelaki-lelaki itu semua adalah lelaki yang sama yang mencari awek berdasarkan keputihan kulit.
Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Ini bukan pasal warna kulit dah ni, tapi kesihatan dan rupa kulit anda. Kalau licin berseri kan molek, tak kisah warna apa. Tapi berapa ramai je yang sebelum tidur sapu losyen satu badan sampai wangi satu katil? Kenapa kita kena sapu losyen, nak tahu? Sebab nanti kering, lagi-lagi zaman sekarang air cond satu rumah 8 bijik, air cond tempat kerja 17 bijik, memang mengeringkan kulit. Bila kulit kering cepat tua ha ha padan muka. BARU TERBACA DALAM MAGAZINE: Kalau secara tiba-tiba anda terperasan kulit mempunyai tahi lalat baru yang aneh, sila jumpa doktor untuk check sebab itu salah satu tanda kanser kulit.
Sekarang rasa nak lumur losyen satu badan ke tak? Pemakanan pun tak jaga, langsung tak menyumbang kepada kesihatan kulit. Yang dah kahwin pulak, kan elok lumur losyen wangi-wangi untuk suami, cantik-cantik untuk suami. Suami tak kahwin dengan muka anda, dia kahwin dengan satu badan anda, kenapa limit letak moisturizer kat muka je? Tak puas hati betullah jadi suami kalau cmni.
Tangkap guna talipon bimbit waktu nak pergi event Vaseline dekat Villa Manja. First time pergi event rambut basah. Kau pandai cakap orang malas jaga kulit, kau dah nak keluar pergi majlis baru bangun mandi cuci rambut.
Event Vaseline yang saya pergi adalah pelancaran rangkaian produk ‘Kulit Yang Mengagumkan, Vaseline’. Ada 4 jenis body lotions:
“Total Moisture menjamin sepuluh kali lebih pelembapan dan perlindungan, yang dirumus khas untuk kulit kering. Diperkaya dengan vitamin E, soya dan oat.
Intensive Rescue mengandungi Gliserin, dengan tiga kali lebih lembapan dan Oklusif, yang membantu mengunci kelembapan sepanjang hari. Formula dipertingkatkan ini dirumus khas untuk memberi kelembapan yang berkesan membantu memulihkan kulit kering.
Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan timun untuk memberi penghidratan yang menyegarkan. Formulanya yang ringan memastikan kulit sihat, lembut dan selicin sutera.
Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan tiga kali perlindungan tabir suria untuk menyihatkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit, menjadikannya berseri secara semula jadi. “
Door gift best oh. Sekarang saya sedang lumur Healthy White (warna pink) dan baunya sungguh mengasyikkan.
“Rangkaian produk Kulit Yang Mengagumkan Vaseline menawarkan lembapan yang tahan lama dan memastikan kulit sihat dan dilindungi selama 24 jam. Ia boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasar raya pada harga RM3.90, RM13.00, RM18.10 untuk saiz pek 120ml, 250ml dan 400ml”.
SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme, tip
23 julai
harini ada perjumpaan puteri islam yang terakhir iaitu perjumpaan yang ke-15.harini ada jamuan :) 9 orang je yang datang.makanan yang ada bihun (untuk 20 orang),kek pisang,kek gulung,keropok,sumi,cloud 9,air oren,air sirap.ada yang aku tertinggal ke????hurm.sebelum makan kitorang completekan dulu buku kuning tu (tak ingat nama dia) then siap sediakan pinggan and bancuh air semua tu baru start makan.makan makan makan makan,lepas habis makan,kemas-kemas and yang tak sempat habis bawa balik then kitorang balik.yang datang ; 6 orang sesi pagi and 3 orang sesi petang.Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme
22 julai
Labels: =], 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme
21 julai
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme, urm
19 julai
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme
post
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme
16 julai
Labels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme, T.T
15 julai
aku tak datang sekolah....sebab.......sakit xpLabels: 2010, back to the past, PMR, sdikitbotme, xp






“The adventure of life is to learn.
“What people fail to understand is, even the people who are strong, also needed someone to lean on from time to time.”
To those who had worked hard to make this blogskin. Thank you.