Memoir Last Forever
1
2
3



04 09 2010
♣ 0

harini mak buat kuih lagi~~~!!!! <3 nama : cornflakes crunchies

tepung + telur +gula + kismis


cornflakes
siap dibakar

cornflakes
  
cornflakes + tepung+gula+telur+kismis


yang ada ceri , siap dibakar


tunggu giliran untuk dibakar :)


sebahagian ceri yang telah dipotong dan belum dipotong yang akan digunakan




hm.......baunya menusuk ke kalbu . haha :)

Labels: ,




help?
♣ 0

i need novels to away from facebook

Labels: , , , ,




SHOOT!
♣ 0

STOP IT ! DON'T BOTHER ME WITH THOSE THINGS ! JUST STOP IT ! SHOOT!

Labels: , , , ,




kenapa
♣ 0

kenapa aku merasakan aku dipinggirkan ?

sebaik sahaja zainor mengatakan tentang perkara itu , oh! sesungguhnya , aku terasa disisih dan dipinggirkan oleh rakan ku sendiri . mengapa ? salah aku ? oh maaf . aku faham . aku bukan lah rakan yang baik . sekali lagi , maaf .

Labels: , , , , ,




keinsafan menjelma
♣ 0

Labels: , , , ,




update updated
♣ 0

Trial PMR

ya.trial PMR aku adalah pada 16 ogos sehingga 21 ogos 2010.

isnin, 16 ogos 2010
hari ini exam subjek BM (1) SEJARAH dan BM (2)
yosh.bm boleh la ada soalan yang aku tak tahu nak jawab.kertas 2 bm pun, karangan,aku tak ada idea nak buat urgh.astaghfirullahalazim -.- sejarah kan, soalan awal-awal tu aku tau jawapan dia sebab form 1 aku banyak baca dan buat latihan,BUT aku tak ingat pula!!!!!! adus! hum.tunggu dan lihat sahaja lah keputusan nanti.

selasa, 17 ogos 2010
hari ini aku trial kertas BI (1) GOEGRAFI BI (2)
Ya ALLAH! geografi!!!!!!! auh.....risau...huhu,bi pun risau juga sebab selalunya cikgu bagi tips apa yang masuk dalam bahagian literature.but kali ini cikgu tak bagi pula.hum.tak tau la macam mana keputusan bi dan juga geografi aku.hum.semoga lebih baik daripada sebelum ini, AMIN.

rabu, 18 ogos 2010
hari ini aku trial subjek SCIENCE (1) PENDIDIKAN ISLAM SCIENCE (2)
awh science.hu,tak ada tips langsung.haih.form 3 aku baca latihan dengan process skill je,nota cikgu tak bagi lagi =.= aku sampai sekolah lambat, aih.perjalanan masuk kelas, fatin beritahu tips science!owh dia baru dapat tips.auh.kalau aku datang awal,sempat la juga aku baca yang aku tak baca.aih aih.pendidikan islam (agama) boleh la.aku tak tau kenapa aku excited,gembira,bersemangat bila jawab soalan agama. hee :D suka suka.haha :) apa pun, keputusan tak tau lagi.

khamis, 19 ogos 2010
yosh (again) hari ini kertas MATHEMATICS 1 & 2
O>O tak tawu nak komen apa.hum.tunggu result aja la nampaknya.

jumaat, 20 ogos 2010
hari ini trial KHB ERT. :) pagi tadi kan,form 3,4,5 solat dhuha dan bacin yasin secara berjamaah.mula-mula solat dhuha dulu lepas tu baru baca yasin.lepas tu, dalam perjalanan nak naik kelas, hehehehehe :D suzie beritahu aku yang senior Luqman jadi imam masa solat dhuha tadi. Ya Allah! betul ke?! woooooaaaaaah! :))))))

15 ogos

Ahad, 2010 Ogos 15

14 ogos

assalamualaikum :) hari ini mak buat badak berendam :D
sebelum masak, letak gula dekat sekeliling lepas tu letak santan.kemudian baru masakkan dia.aku tak tau la badak berendam ni kukus atau merendidih atau apa.
ha.ini lah dia keputusannya selepas sudah masak.tapi, lagi satu dalam proses nak masak
aku pun cuba-cuba la nak  jadik photographer tak iktiraf punya haha.yeh di bawah ini adalah gambar yang aku cuba ambil macam photographer ambil.tapi,aku tak reti jadi gambar ini maybe nampak biasa-biasa aje :)
lepas solat maghrib pergi masjid dekat wawasan 5.ili bawa kereta.mak dengan adik pun pergi sekali.hurm.solat isya' berjamaah lepas tu solat tarawih 8 rakaat pun berjamaah juga.lepas terawih,balik :< tak dapat nak nampak wan heh :D hum?aku pergi solat terawih sebab nak nampak wan?boleh ke kalau macam tu?hm entah la.oh ya.sampai masjid,masuk dalam nampak adik fati dengan kakak fati.tengah diorang aku tak tau la siapa.nak kata fati macam bukan je.hum entah.lagi,masa balik,dekat kereta terserempak pula dengan shahrel dengan lagi 2 orang siapa entah.

Sabtu, 2010 Ogos 14

tarawih pertama

ya.tarawih pertama aku tahun ini agak lambat.sepatutnya rabu dah start tarawih but aku jumaat baru start -.-' hm ya.aku ily dan ayid pergi solat tarawih berjamaah di masjid yang ada di wawasan 5.hum.first time masuk.agak tercengang-cengang.tak tau dekat mana bilik wudu' aih-.-' then lepas dah tanya orang, pergi la lalu dekat tempat wudu' lelaki untuk pergi ke tempat wudu' perempuan.aih. aku tak tau la betul ke jalan yang kitorang lalu tu.aku tak tau boleh lalu dekat situ atau pun tak.lepas dah ambil wudu' masuk dalam tempat solat semula.dalam perjalanan tu,aku rasa macam ada orang sebut nama aku.hum.aku tak tahu la betul atau tak.sebab masam tu aku tak pakai cermin mata and tengah tak peduli tentang benda lain.heh :] lepas selesai solat tarawih 8 rakaat,tunggu ayid dekat dalam kereta.ayid dia solat wirit (ke apa namanya?) aku dengan ily tak buat solat wirit. tunggu lepas tu solat wirit pun habis.sebelum ayid datang. :) aku nampak wan dari dalam kereta :] aku rasa tu memang wan.hah-ha lepas tu balik rumah.

Labels: , , , , ,




Kelebihan Ramadhan =]
♣ 0

KELEBIHAN – KELEBIHAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Sumber Tazkirah

Labels: , , , , ,




mandi hujan =]
♣ 0

assalamualaikum :) semoga sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca :)

hari ni,aku gembira :) walaupun habis sekolah dah start hujan tapi aku suka :) aku balik jalan kaki dengan atikah :)


balik rumah jalan kaki dengan hujan yang tak lebat sangat turun :) ya!!!!!! aku mandi hujan <3 i''m lovin' it! hehe
dah lama aku tak mandi hujan sebab tu gembira sangat dapat mandi hujan ^_^ ya.basah kuyup aku jadinya.=D baju, kain, tudung dan beg sekolah aku basah.tapi beg aku tak la basah mana pun.





TERLALU GEMBIRA SAMPAI TIDAK TERUCAP!!!!! heh-heh-heh-he


Labels: , , , , ,




kelebihan wanita =]
♣ 0

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Labels: , , , , , ,




Lovely Month
♣ 0

assalamualaikum :) yes yes i know it kinda late to say this but i really-really want to say it. To All Muslim, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan pada kali ini membawa 1001 rahmat :)


dalam bulan Ramadhan ini,eloklah kita (Muslim) membanyakkan amalan sunat dan tidak meninggalkan amalan fardhu.contohnya seperti membaca Al-Quran sepertimana yang ada di dalam gambar di bawah ini.selain itu kita boleh la menunaikan solat sunat tarawih; lebih afdal sekiranya dilakukan secara berjamaah. selalulah berdoa kepada Allah dalam bulan yang mulia ini terutamanya pada malam Lailatul Qadar. dipendekkan cerita, banyakkanlah beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini. :)

                                    
                                     ketiga-tiga gambar ini adalah daripada photobucket :)

^ dari Abu Hurairah r.a.,sabda Rasulullah s.a.w. ; " Barang siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.,maka dosa-dosanya yang terdahulu diampunkan" (Bukhari dan Muslim)

sekali lagi : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Labels: , , , ,




◄ older

newer ►