Memoir Last Forever
1
2
3



kembali =]
♣ 0

salam.sory bloggy coz no update these lately.so here it is :
before pmr 1 or 2 october : aku saket kepala ! bagus ! but then keesokan dah tak rasa :( aku fikir maybe aku nak nak dapat demam yelah aku betul2 nak sangat demam.wierd huh?orang tak nak demam,aku pula nak demam.hm.esoknya kak ita and acik nor datang! <3 lama tak jumpa acik nor :D
muaz~! dah besar dah muaz :D


aku tak tau la apa maksud mawaddah buat tangan macam tu,anyway,aku just tangkap :)





then isnin tu,4 october ada buat majlis restu PMR.bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara murid dengan cikgu :D

then,tiba lah masa nya kami menduduki PMR  iaitu pada tarikh 5 october 2010. O.O
tak tau la kenapa.aku tau memang aku tengah PMR but kan,aku tak tau kenapa aku tak raas macam PMR~! serius!aku cakap betul!hari pertama bm kertas 1,2 dan pendidikan islam.
hum.bm boleh la senang ada,susah pun ada sebab ada jawapan yang aku keliru time buat kertas 1 tu anyway semoga aku dan rakan-rakan aku yang lain boleh medapat gred A dalam PMR bm kami.AMIN.pendidikan islam pula aku tak tau la nak describe macamana.it suppose to be easy but because of MY own fault aku tak berapa yakin dalam menjawab.ugh.aku tak ingat sangat apa yang aku baca.and ada soalan dia tanya 4 tanda kiamat kecil.suppose aku boleh jawab BUT aku terfikir-fikir jawapan dia.huh.sengal.even tanda-tanda kiamat kecil tu ada pula dekat blog aku!ah!kalau aku salah untuk soalan tuh,memanglah,aku tak tau nak cakap apa.
hari kedua subjek bi and geo.oh my god!geo!well,bi ok la.aku tak mau describe apa-apa pun fasal hari kedua ni.:D
hari ketiga subjek science and sej.oh sej.susah.semoga aku boleh sekurang-kurangnya dapat gred B la.science ok kot.huhu
then isnin 11 hb october,maths and kh.kh!susah!ku fikirkan senang rupa-rupanya susah!haigoo~~~~~~~maths paper 2 senang la juga.semoga aku boleh dapat A untuk maths.aku dah buat yang terbaik hee :D
hari ni aku and yang lain nak celebrate sebab PMR dah habis!:D cadang nak buat dekat foodcourt but tak jadi sebab mak fatehah tak bagi.so kitorang buat dekat sekolah ajo la.aku dengan fatehah tunggu dekat sekolah.yang lain pergi beli kek and etc.then kitorang pun makan-makan lepas tuh tangkap gambar then balek.around 3.15 pm aku sampai rumah.badan berpeluh balik jalan kaki dengan iman,fatin adn suzie(<3).then pergila mandi.
oh ye.few days/weeks before PMR,aku dengan kawan aku datang beraya rumah cikgu hafizah(seni).but then tak jadi sebab cikgu ada hal dekat sekolah.haih.then tak jadi,aku,fatin,suzie,fatehah,hidayah and her balaks pun balik la rumah.aku,fatin and suzie balik jalan kaki.walaupun rumah diorang lagi jauh berbanding rumah aku,diorang sanggup balik jalan kaki dengan aku sekali.wah.terharunya aku.bertuahnya aku dapat kawan macam diorang.kalau ikutkan diorang boleh naik bas untuk balik rumah diorang.but diorang lebih prefer balik jalan kaki.Ya Allah.bersyukurnya aku ada kawan macam diorang semua.Insyaallah aku tak mensia-siakan kawan seperti diorang.aku akan cuba menjadi rakan diorang yang terbaik :) dalam perjalanan kitorang nak balik tu,kitorang borak-borak la.then suara suzie tiba-tiba jadi macam suara robot(bak kata fatin:D) HAHA memang lawak betul.aku ni gelak habis-habisan dengar suara suzie yang lain macam tu.
ok sampai tu aja la.salam. :)

Labels: , ,




help?
♣ 0

i need novels to away from facebook

Labels: , , , ,




SHOOT!
♣ 0

STOP IT ! DON'T BOTHER ME WITH THOSE THINGS ! JUST STOP IT ! SHOOT!

Labels: , , , ,




kenapa
♣ 0

kenapa aku merasakan aku dipinggirkan ?

sebaik sahaja zainor mengatakan tentang perkara itu , oh! sesungguhnya , aku terasa disisih dan dipinggirkan oleh rakan ku sendiri . mengapa ? salah aku ? oh maaf . aku faham . aku bukan lah rakan yang baik . sekali lagi , maaf .

Labels: , , , , ,




keinsafan menjelma
♣ 0

Labels: , , , ,




update updated
♣ 0

Trial PMR

ya.trial PMR aku adalah pada 16 ogos sehingga 21 ogos 2010.

isnin, 16 ogos 2010
hari ini exam subjek BM (1) SEJARAH dan BM (2)
yosh.bm boleh la ada soalan yang aku tak tahu nak jawab.kertas 2 bm pun, karangan,aku tak ada idea nak buat urgh.astaghfirullahalazim -.- sejarah kan, soalan awal-awal tu aku tau jawapan dia sebab form 1 aku banyak baca dan buat latihan,BUT aku tak ingat pula!!!!!! adus! hum.tunggu dan lihat sahaja lah keputusan nanti.

selasa, 17 ogos 2010
hari ini aku trial kertas BI (1) GOEGRAFI BI (2)
Ya ALLAH! geografi!!!!!!! auh.....risau...huhu,bi pun risau juga sebab selalunya cikgu bagi tips apa yang masuk dalam bahagian literature.but kali ini cikgu tak bagi pula.hum.tak tau la macam mana keputusan bi dan juga geografi aku.hum.semoga lebih baik daripada sebelum ini, AMIN.

rabu, 18 ogos 2010
hari ini aku trial subjek SCIENCE (1) PENDIDIKAN ISLAM SCIENCE (2)
awh science.hu,tak ada tips langsung.haih.form 3 aku baca latihan dengan process skill je,nota cikgu tak bagi lagi =.= aku sampai sekolah lambat, aih.perjalanan masuk kelas, fatin beritahu tips science!owh dia baru dapat tips.auh.kalau aku datang awal,sempat la juga aku baca yang aku tak baca.aih aih.pendidikan islam (agama) boleh la.aku tak tau kenapa aku excited,gembira,bersemangat bila jawab soalan agama. hee :D suka suka.haha :) apa pun, keputusan tak tau lagi.

khamis, 19 ogos 2010
yosh (again) hari ini kertas MATHEMATICS 1 & 2
O>O tak tawu nak komen apa.hum.tunggu result aja la nampaknya.

jumaat, 20 ogos 2010
hari ini trial KHB ERT. :) pagi tadi kan,form 3,4,5 solat dhuha dan bacin yasin secara berjamaah.mula-mula solat dhuha dulu lepas tu baru baca yasin.lepas tu, dalam perjalanan nak naik kelas, hehehehehe :D suzie beritahu aku yang senior Luqman jadi imam masa solat dhuha tadi. Ya Allah! betul ke?! woooooaaaaaah! :))))))

15 ogos

Ahad, 2010 Ogos 15

14 ogos

assalamualaikum :) hari ini mak buat badak berendam :D
sebelum masak, letak gula dekat sekeliling lepas tu letak santan.kemudian baru masakkan dia.aku tak tau la badak berendam ni kukus atau merendidih atau apa.
ha.ini lah dia keputusannya selepas sudah masak.tapi, lagi satu dalam proses nak masak
aku pun cuba-cuba la nak  jadik photographer tak iktiraf punya haha.yeh di bawah ini adalah gambar yang aku cuba ambil macam photographer ambil.tapi,aku tak reti jadi gambar ini maybe nampak biasa-biasa aje :)
lepas solat maghrib pergi masjid dekat wawasan 5.ili bawa kereta.mak dengan adik pun pergi sekali.hurm.solat isya' berjamaah lepas tu solat tarawih 8 rakaat pun berjamaah juga.lepas terawih,balik :< tak dapat nak nampak wan heh :D hum?aku pergi solat terawih sebab nak nampak wan?boleh ke kalau macam tu?hm entah la.oh ya.sampai masjid,masuk dalam nampak adik fati dengan kakak fati.tengah diorang aku tak tau la siapa.nak kata fati macam bukan je.hum entah.lagi,masa balik,dekat kereta terserempak pula dengan shahrel dengan lagi 2 orang siapa entah.

Sabtu, 2010 Ogos 14

tarawih pertama

ya.tarawih pertama aku tahun ini agak lambat.sepatutnya rabu dah start tarawih but aku jumaat baru start -.-' hm ya.aku ily dan ayid pergi solat tarawih berjamaah di masjid yang ada di wawasan 5.hum.first time masuk.agak tercengang-cengang.tak tau dekat mana bilik wudu' aih-.-' then lepas dah tanya orang, pergi la lalu dekat tempat wudu' lelaki untuk pergi ke tempat wudu' perempuan.aih. aku tak tau la betul ke jalan yang kitorang lalu tu.aku tak tau boleh lalu dekat situ atau pun tak.lepas dah ambil wudu' masuk dalam tempat solat semula.dalam perjalanan tu,aku rasa macam ada orang sebut nama aku.hum.aku tak tahu la betul atau tak.sebab masam tu aku tak pakai cermin mata and tengah tak peduli tentang benda lain.heh :] lepas selesai solat tarawih 8 rakaat,tunggu ayid dekat dalam kereta.ayid dia solat wirit (ke apa namanya?) aku dengan ily tak buat solat wirit. tunggu lepas tu solat wirit pun habis.sebelum ayid datang. :) aku nampak wan dari dalam kereta :] aku rasa tu memang wan.hah-ha lepas tu balik rumah.

Labels: , , , , ,




Kelebihan Ramadhan =]
♣ 0

KELEBIHAN – KELEBIHAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Sumber Tazkirah

Labels: , , , , ,




mandi hujan =]
♣ 0

assalamualaikum :) semoga sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca :)

hari ni,aku gembira :) walaupun habis sekolah dah start hujan tapi aku suka :) aku balik jalan kaki dengan atikah :)


balik rumah jalan kaki dengan hujan yang tak lebat sangat turun :) ya!!!!!! aku mandi hujan <3 i''m lovin' it! hehe
dah lama aku tak mandi hujan sebab tu gembira sangat dapat mandi hujan ^_^ ya.basah kuyup aku jadinya.=D baju, kain, tudung dan beg sekolah aku basah.tapi beg aku tak la basah mana pun.





TERLALU GEMBIRA SAMPAI TIDAK TERUCAP!!!!! heh-heh-heh-he


Labels: , , , , ,




kelebihan wanita =]
♣ 0

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Labels: , , , , , ,




Lovely Month
♣ 0

assalamualaikum :) yes yes i know it kinda late to say this but i really-really want to say it. To All Muslim, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan pada kali ini membawa 1001 rahmat :)


dalam bulan Ramadhan ini,eloklah kita (Muslim) membanyakkan amalan sunat dan tidak meninggalkan amalan fardhu.contohnya seperti membaca Al-Quran sepertimana yang ada di dalam gambar di bawah ini.selain itu kita boleh la menunaikan solat sunat tarawih; lebih afdal sekiranya dilakukan secara berjamaah. selalulah berdoa kepada Allah dalam bulan yang mulia ini terutamanya pada malam Lailatul Qadar. dipendekkan cerita, banyakkanlah beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini. :)

                                    
                                     ketiga-tiga gambar ini adalah daripada photobucket :)

^ dari Abu Hurairah r.a.,sabda Rasulullah s.a.w. ; " Barang siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.,maka dosa-dosanya yang terdahulu diampunkan" (Bukhari dan Muslim)

sekali lagi : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Labels: , , , ,




ngeh
♣ 0

07 ogos
harini ada hari kantin dekat sekolah.
hurm.
tak ada la best sangat.
urm.
agak bosan juga.

06 ogos
harini ada buat solat sunat time 3k.aku tak bawa telekung =-=''' aih........
hurm.esok ada hari kantin.hurm.diorang datang ke?aku hantar mesej tak dapat reply pun..... >o<
maths,sudah HABIS belajr semua topik!!!!! O-O

04 ogos
harini cikgu pj aku ; pn Chuah tak datang.sej bincang handout yang cikgu bagi minggu lepas,seni :D cikgu suruh lukis lagi sebab haritu ramai yang tak hantar....aku lukis burung.....muncung burung tu aku tak reti buat so aku minta tolong cikgu :DDD yeh puas hati la dengan lukisan aku....heheh khb cikgu suruh buat nota tentang yang tajuk makanan  kuih-kuih semua tu.....err,lapar pula bila buat nota tu haha bi and sejarah tak belajar sebab tak ramai,pelajar cina ada seminar bahasa cina.

3 ogos
harini ada seminar science.cikgu dari sekolah permatang dekat perak dijemput untuk seminar harini.nama cikgu tu mustaqim.but aku tak ingat ler pula nama penuh cikgu tu -.-'
hgh.kesian pun ada juga aku tengok cikgu tu sebab fatin cakap dia tak faham apa yang cikgu tu ajar.eih.ok apa.ada tips yang dia bagi.especially tips nak jawab kertas 2 soalan no 7 and 8.cikgu tu cakap,kalau nak jawab soalan tu,tengok diagram/gambar yang diberi je.........then macam semalam juga la.kitorang balik kul 1.05pm.

2 ogos
harini ada seminar mathematics......orang yang berucap cikgu dari sekolah lain.....yap sebenarnya maths ni best.........but aku ni je yang kureng rajin thats why la score aku pun kureng....humph :( ok la cikgu dari sekolah lain yang bagi ceramah/mengajar kitorang......buat handout,ada juga cikgu tu bagi tips or yang sama waktu dengannya :D sepanjang satu hari seminar berlangsung.except time rehat la :)

MYDIN
ahad 1 ogos aku pergi MYDIN :)
MYDIN dekat USJ.
aku tengok kan,MYDIN tu besar.
dalam dia aku tengok macam IOI je :D 
yeee beeetuuullll.......
MYDIN dekat USj tu aku tengok dekat dalam dia macam IOI sebab dekat IOI tu kan ada tempat jual laptop,etc etc etc etc etc lah...then dalam IOI kan ada JUSCO.
ha.....JUSCO tu macam pasaraya yang ada dalam MYDIN tu... 
dekat dalam pasaraya MYDIN tu WOOOOH!!!!!macam-macam ada...naik tingakt atas tengok barang...then naik lagi tengok makanan etc pastu turun semula cari barang again....heeeee  cari barang padahal tak banyak pun barang yang di beli....haha pergi pagi dalam kul 10 tu bertolak then 12 tengahari something balik.... :)

Labels: , , , ,




posting (?)
♣ 0

ok ok ok ok......i'm sooo sorry my blog cause no post for this week......its its its its was because the internet was so slow......please forgive me....... :( ok fine if you dont want to accept the reason.....


ok thats enough.stop it.haih,this week,i didn't post anything yet except tips from kak Hanis Zalikha blog. -.- i like the tips thats why i share it  here :D hm.ok ok fine.i'll try to remember what had happen in this week..... =.=




monday - 26 julai 2010
hurm nothing special i think.we learn as usual.oh ya.W didn't come to school again this day.last week,on monday also W didn't come to school.:( S told me that W had fever! o.o kesian W :'( S also told me that W had fever after he got back from the camp fire that he go.W, kesian kau T.T  i hope you will get well soon. :')




tuesday - 27 julai 2010
awal-awal kena marah =.= cikgu suruh kitorang semua keluar dari kelas sebab cikgu suruh orang yang bertugas sapu sampah semua tu buat kerja diorang.aih!then belajar macam biasa.seni tak belajar....aku tak tau la,mungkin kitorang dah habis syllabus :D (betul ke ejaan?) aku baru nak hantar lukisan yang sepatutnya dihantar pada minggu lepas.....erk! MAAF cikgu! -.-pjk buat ujian segak......:D best sebab pakai baju sukan HAHAHAHA time sivik aku betul-betul rasa serba salah =.=' ugh.......cikgu,minta maaf banyak-banyak..........saya tak teringat nak bawa resipi untuk buku skrap tu.....saya nak cepat pagi tu......maaf lah cikgu :( agama/pendidikan islam 3 masa....ohohoho ngeh!penat kaki aku =.= heh tak apa lah......demi ilmu :) then tiba-tiba ustazah suruh kitorang membentuk empat orang empat orang.dengan itu terhasilnya beberapa kumpulan.then ustazah cakap lepas ni kitorang kena duduk dalam kumpulan macam ni o.o !!!!!! oh my!!!!!!bukan aku tak suka.it just that aku pandang belakang.thats mean budak lelaki yang duduk depan aku that is S,W,F and A diorang urgh.....aku tak selesa la.bukan aku nak perasan je lebih.but aku risau kalau-kalau diorang pandang-pandang aku ke apa ke.....ish!!!!!!!!!!simpang malaikat empat puluh empat la!!!!!!  >3<




rabu - 28 julai 2010
pjk buat ujian segak lagi :D tapi aku tak pakai baju sukan harini sebab aku dah buat ujian segak semalam.sejarah cikgu suruh kitorang buat latih tubi then bincang jawapan.seni tak belajar so aku,fatin and suzie borak la apa lagi :D kitorang cakap macam-macam benda.then kitorang cakap tentang pencuci muka pula.oh baru aku tau yang fatin sebelum ni dia tukar-tukar pencuci muka and suzie dia pakai safi balqis punya.dia cakap benda tu ok.huhu aku tak pernah pakai pencuci muka pun tapi aku pelik kenapa fatin cakap muka aku bersih......ngahahaha bersih pekebendanye?????? berminyak muka aku ni.....bila tengok betul-betul hoooo anda boleh lihat benda-benda yang tidak diingini  >x< then waktu kh cikgu suruh buat nota then aku pergi rehat untuk 3k then kh then waktu bi then sejarah then balik....




khamis - 29 julai 2010
bm belajar komsas macam biasa then...........kringggggggggggggg.........................aku ingatkan dah habis time bm sebab fatin cakap macam tu but then desmon cakap fire something then ohh latihan kebakaran xD yeehhh!!!!!haha classmate aku yang lain aku tengok rileks je...kitorang tak de jalan cepat-cepat macam yang cikgu suruh...ngee xDDDD then sampailah aku di padang~~~~~~urgh,dah la aku tengah tak selesa sebab ttuuuttt~~~~(first day pulak!!!) pastu kena duduk dekat padang yang basah itu....halahai....terima aje lah~~~~~~~then ada 'show' pelajar and guru padam api......ramai juga yang buat....W :D,cikgu magesh,pn cheeah,kak najiha,shahida,E, lagi siapa entah....lepas tu kitorang ; form 3,4,5 and 6 rehat sekali.....cikgu bagi kitorang rehat sampai 10.45 :) yelah kitorang kan ramai.....berbaloi ler tuh......then science, pendidikan islam then balik.......






jumaat - 30 julai 2010
3k urgh aku TERlupa lah pula nak bawa buku 3k aih -.-' science buat nota bab 9!!!!!! YAY!!!! bab yang aku tunggu-tunggu selama ini!!!HOHOHO aku tak tahu kenapa aku suuuuukkkkkkaaaaaa bab tentang star-star,galaxies galaxies dan yang sama waktu dengannya :DDDDDD ngehngeh ;p I LOVE IT UH HUH UH HUH!!!!!! :] tapi kan,aku tengok dalam buku teks,sikit je orh tentang chapter 9 ni :( sedih..........hurm tak apa la....maybe ada hikmah right????? bi buat summary and cikgu ada bagi latihan untuk dibuat.then maths belajar bab 15 that is LAST CHAPTER! OH MY GOD.YA ALLAH.pejam celik pejam celik je dah nak habis topik.....astaghfirullahalazim......urm tadi belajar 15.1 and 15.2....syukur alhamdulillah aku faham :) terima kasih Ya Allah. :)

Labels: , , , ,




another tips from kak hanis :]
♣ 0

Sunday, June 20, 2010
More hair experiment by me
Okay, tau tak apa yang I baru perasan? Mestilah tak tau, sebab tuh I tanya. Kalau korang dah tau mesti I tak tanya sebab nanti korang annoying kata TAU DAHHH. Vavi.

Eh eh main-main pula. Okay okay serious. I kan pemerhati. Kalau pergi saloon pun I observe semua benda. And! I perasan kalau diorang cuci rambut, mula-mula pakai air panas, pastu cuci lagi pakai air sejuk. Maksudnya macam ni;

RINSE OUT SHAMPOO USE HOT WATER
RINSE OUT CONDITIONER USE COLD WATER


Maka hari ini atau esok atau lusa, apa kata kamu cuba cara ini dan beritahu result. Tak bukan result CGPA kau. Eh tapi tu nak bagitau pun boleh :B Eh hoi, bagitau result keadaan rambut lah. Sebab I dah cuba. Malam tu I mandi, I shampoo rambut then basuh guna air panas, kemudian lumur conditioner pastu cuci guna air sejuk pula. Akhirnya, balut rambut guna towel untuk hilangkan air menitik. Buka tuala (kat kepala, TUALA YANG KAT KEPALA) kemudian biar kering sendiri (jangan gosok2 dengan tuala). Esok bangun pagi rambut lebih terurus. CUBA TRY I NAK TAU RESULT SAMA KE ATAU RAMBUT I JE SESUAI BUAT CENGGINI.
---------------------------------------------------------------------
ni salah satu komen dari post kak hanis tu....aku rasa ianya berguna jadi,kongsi disini ;
Hana Jaffar said...

    hi hanis :)

    through what I've learnt,
    air panas tu open up the hair cuticles. senang untuk shampoo go through and cuci keluar yg kotor2.

    and u dont need to use too much shampoo!it's not the quantity yg tentukan rambut u cuci bersih ke tak. actually, a 10sen size shampoo blob je dah cukup. then just work it into lather, and cuci whole head. buih2 tu yg work as pengumpul kotoran.

    rinse with hot water biar semua tu mengalir keluar. then put on your conditioner. after 5-10minutes, rinse out with cold water to lock in the moisture. air sejuk tu tutupkan balik hair cuticles, and the conditioner stays in and help to bring out the shine and softness.

    just toweldry will do. try not to use heating tools too often.
    while towel dry, just pat it dry jangan rub it all over, and just gulung for the towel to absorb for air2 basah tu. then open up, and biar airdry dgn sndiri.

    or else, your hair akan dry and frizzy.

    need more explanation, or ada any other questions, dont hesitate to ask me. nak panggil i go over buatkan rambut pun boleh :)

Labels: , , , ,




tips dari kak hanis blog
♣ 0

Penjagaan kulit tanpa mengira jantina
Kulit yang cantik menjadi idaman kalbu setiap makhluk. Sebab itu dari kecil, ibu bapa akan pakaikan anak lotion berbotol-botol sebab kulit anak sangat cantik, maka mereka nak jaga dan harap ia akan kekal begitu selamanya. Tapi bila dah besar sikit, start main panas kat luar tak peduli terik mentari. Terus kulit gelap. Orang kata jangan basuh muka waktu berpeluh, basuh juga. Terus kulit berpanau. Orang kata jangan basuh muka untuk dapatkan panau banyak-banyak satu muka supaya putih seluruh wajah, degil. Terus kulit dapat 3 panau.




Bila dah besar sikit, konon ada kesedaran, tapi lepas mandi sapu losyen kat muka sahaja. Bila ambil gambar, tengok muka putih leher hitam, terus delete. Bila pergi mandi-manda laut duduk tepi pantai konon nak dapat sun-kissed tan macam artis Hollywood lalu tidak mahu pakai sunblock, terus kulit hitam legam dah boleh audition watak dalam God Must Be Crazy. Dah dewasa ingatkan dah tengok semua iklan pencerah wajah, kalau tak putih tak menang award, ingatkan dah sedar akan kepentingan penjagaan kulit, tapi pergi kuliah wah jalan bawah panas terik takde nak cover-cover muka dengan buku. Bawa payung ke kelas apatah lagi, memang takkan jadi reality sebab takut budak lelaki ejek gelabah ke hulu ke hilir pakai payung. Padahal lelaki-lelaki itu semua adalah lelaki yang sama yang mencari awek berdasarkan keputihan kulit.




Kenapa malas nak jaga kulit? Tak paham betullah. Ini bukan pasal warna kulit dah ni, tapi kesihatan dan rupa kulit anda. Kalau licin berseri kan molek, tak kisah warna apa. Tapi berapa ramai je yang sebelum tidur sapu losyen satu badan sampai wangi satu katil? Kenapa kita kena sapu losyen, nak tahu? Sebab nanti kering, lagi-lagi zaman sekarang air cond satu rumah 8 bijik, air cond tempat kerja 17 bijik, memang mengeringkan kulit. Bila kulit kering cepat tua ha ha padan muka. BARU TERBACA DALAM MAGAZINE: Kalau secara tiba-tiba anda terperasan kulit mempunyai tahi lalat baru yang aneh, sila jumpa doktor untuk check sebab itu salah satu tanda kanser kulit.




Sekarang rasa nak lumur losyen satu badan ke tak? Pemakanan pun tak jaga, langsung tak menyumbang kepada kesihatan kulit. Yang dah kahwin pulak, kan elok lumur losyen wangi-wangi untuk suami, cantik-cantik untuk suami. Suami tak kahwin dengan muka anda, dia kahwin dengan satu badan anda, kenapa limit letak moisturizer kat muka je? Tak puas hati betullah jadi suami kalau cmni.





Tangkap guna talipon bimbit waktu nak pergi event Vaseline dekat Villa Manja. First time pergi event rambut basah. Kau pandai cakap orang malas jaga kulit, kau dah nak keluar pergi majlis baru bangun mandi cuci rambut.




Event Vaseline yang saya pergi adalah pelancaran rangkaian produk ‘Kulit Yang Mengagumkan, Vaseline’. Ada 4 jenis body lotions:



“Total Moisture menjamin sepuluh kali lebih pelembapan dan perlindungan, yang dirumus khas untuk kulit kering. Diperkaya dengan vitamin E, soya dan oat.

Intensive Rescue mengandungi Gliserin, dengan tiga kali lebih lembapan dan Oklusif, yang membantu mengunci kelembapan sepanjang hari. Formula dipertingkatkan ini dirumus khas untuk memberi kelembapan yang berkesan membantu memulihkan kulit kering.

Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan timun untuk memberi penghidratan yang menyegarkan. Formulanya yang ringan memastikan kulit sihat, lembut dan selicin sutera.

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan tiga kali perlindungan tabir suria untuk menyihatkan, menghidratkan dan mencerahkan kulit, menjadikannya berseri secara semula jadi. “



Door gift best oh. Sekarang saya sedang lumur Healthy White (warna pink) dan baunya sungguh mengasyikkan.



“Rangkaian produk Kulit Yang Mengagumkan Vaseline menawarkan lembapan yang tahan lama dan memastikan kulit sihat dan dilindungi selama 24 jam. Ia boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasar raya pada harga RM3.90, RM13.00, RM18.10 untuk saiz pek 120ml, 250ml dan 400ml”.




SEKIAN, JAGALAH KULIT ANDA SEBELUM TERLAMBAT.

Labels: , , , ,




23 julai
♣ 0

harini ada perjumpaan puteri islam yang terakhir iaitu perjumpaan yang ke-15.harini ada jamuan :) 9 orang je yang datang.makanan yang ada bihun (untuk 20 orang),kek pisang,kek gulung,keropok,sumi,cloud 9,air oren,air sirap.ada yang aku tertinggal ke????hurm.sebelum makan kitorang completekan dulu buku kuning tu (tak ingat nama dia) then siap sediakan pinggan and bancuh air semua tu baru start makan.makan makan makan makan,lepas habis makan,kemas-kemas and yang tak sempat habis bawa balik then kitorang balik.yang datang ; 6 orang sesi pagi and 3 orang sesi petang.

Labels: , , ,




22 julai
♣ 0


ISRA; & MI'RAJ
sebelum ceramah,kitorang (sesi pagi and petang yang hadir) solat zohor berjemaah.then ceramah pun start.yeahp! I like that ceramah......heheh best!banyak ilmu yang aku dapat....insyaallah aku akan cuba sebaiknya untuk jadikan ceramah itu sebagai sumber untuk aku maju ke hadapan! ;D hehe time ustaz and senior zunaidi act (berlakon as a contoh for ceramah....) ,HAHA lawak sungguh!!!!!!!! :DDD

Labels: , , , ,




21 julai
♣ 0

aku datang macam biasa la....hehe beberapa minit sebelum bunyi loceng baru sampai -.- time naik kelas, senior D dengan apa entah nama senior india tu pun naik sekali....nge senior D asyik cakap aku sardin :D tin sardin la apa la.....actually,aku tak berapa fokus dengan apa yang senior D cakap hahaha :D soooo sorry senior D ;D senior D, hehe :D

harini ada doktor?nurse?bla bla bla bla bla datang......means check gigi!!!!!!!

Labels: , , , ,




19 julai
♣ 0

harini tak ada perhimpunan sebab hujan :) time sivik tadi,cikgu cakap cikgu nak buku kitorang semua sebab nak hantar dekat ketua panitia (kalau aku tak silap).geo urm ok je.maths cikgu tak datang,cikgu Rozalwan yang ganti masa pertama masa kedua tak ada cikgu yang masuk.suzie cakap cikgu ni baik tapi aku tengok cikgu ni garang je...haha semua cikgu aku cakap garang -.- then masa kedua cikgu tak masuk,hm biasalah kelas aku mesti bising sebab murid-muridnya bercakap.ok.time ni aku pergi minta maaf dengan F.time tu dia tengah buat nota agama.
"F"
"kau nak apa?"
"weh,aku minta maaf" (lagi apa entah aku cakap)
"aku tengah buat kerja la" (lagi apa ntah)
then cara dia cakap tu buat aku rasa yang dia tak nak aku ganggu dia,tak nak aku cakap dengan dia,tak nak aku ....?senang cakap pada pendapat aku , dia macam rimas dengan aku....Ya Allah....bergenang air mata aku bila F cakap camtu.ok.aku bukan nak salahkan F.ya memang aku salah sebab aku dah melampau =.= haih.then time agama.actually time balik.lepas letak rehal aku minta maaf lagi dengan F.then dia cakap tak pe r.dan yang sewaktu dengannya.reaksi dia time cakap macam tu Ya Allah.aku tak tau macam mana nak cakap but surely buat aku rasa serba salah.aih aih.....
                                MAAF F T.T
 
 
p/s: aku memang tak boleh kalau kawan aku marah etc etc etc dengan aku.serba salah.

Labels: , , ,




post
♣ 0

18
harini pergi giant.dekat tempat buah-buahan, aku terserempak dengan classmate aku, Divon!!!!! :D

Labels: , , ,




16 julai
♣ 0

harini aku sensitif.urgh!hanya disebabkan semalam aku tak datang,harini aku jadi sensitif pula.haih.harini ada lawatan untuk pencinta alam.but 5 sesi pagi and 5 sesi petang je yang pergi.not fair right????huh!what ever!!!!*sensitif sensitif* aku tak dapat pergi....tak dapat nak pergi even though last minute cause kena ada surat kebenaran.....urgh!!!!!stop it stop it!!!!!i don't want to talk about it!!!!! X,X

F, bila lah agaknya aku berkesempatan minta maaf dekat kau secara berdepan ya????? haih.... T,T
 
oh ye....sakit aku dah baik dah :) alhamdulillah.......

Labels: , , , ,




◄ older

newer ►