1
2
3
✛
must!!!
I should stop all this. to those who think they are involved, forgive me because all this has to stop. i'm so sorry. I have to do it. if not, I will suffer destruction. I am sorry to my friends that is involved. if after this I'm not respond to it, don't marginalize me.i'm begging you. please, don't ignore me. i can't forgive myself if you ignore me. i'm so sorry. I had to do all this for a better future. i'm so sorry my friends.forgive me. :'l
Labels: 2010, adorable memories, back to the past, bout ma fren, exam, future, PMR, sdikitbotme, seniors, someone new in me
23hb april
hari ini ada ceramah dari siapa entah nama dia.aku tak berapa tumpu perhatian masa penceramah tu sebut nama dia.semua pelajar Islam terlibat kecuali senior aku dengan geng dia sebab ada apa entah.urm.dikira ceramah la juga.ada bagi nasihat pengajaran semua itu lah.tajuk tentang cinta.orang tu cerita la semua yang berkait dengan cinta.pelajaran pun dikaitkan sekali.contohnya dia cerita yang zina tu terjadi disebabkan cinta.lagi,adala cerita-cerita tentang orang-orang lain(yang aku tak kenal) tanya dekat penceramah ni.oh ye.tak silap aku penceramah ni doktor.then dr ni ada tunjuk cara nak buat maths but sikit je la.sebab kesuntukan masa.dr ni ada cakap (untuk lelaki la) yang lagi kenyang seseorang tu,lagi dia rasa nak buat sex.oh,dr ni ada juga cakap untuk jaga kesihatan badan semua tu tengok dari jenis darah kita.ikut pantang larang untuk jaga badan semua tu.and cara(ke?) belajar pun ada masuk sekali.dr tu cakap(time dah habis) yang ahad 2 mei nanti akan ada erm kira ceramah kut dekat universiti (mana ye?ades).dr tu cakap dari sini ke universiti tu ambil masa 15 minit je.nak pergi tu kena bayar la sebab akan diberi cd soalan2 maths pmr untuk berapa muka surat ye?300?500?then untuk makan2.lagi apa?aku nak pergi!!!!hari ini time sejarah aku tak tahu kenapa aku tak tumpu perhatian.haih.bersembang dengan kawan aku.aih.aku tumpu perhatian bila time cikgu tanya kawan aku soalan lepas tu sembang dengan kawan lagi.yelah kut-kut aku pula kena tanya lepas tu. aku tak tahu kenapa aku buat macam tu.aku tak tahu kenapa macam tak berminat pula nak belajar sejarah.sekrang ni rasa macam berminat nak belajar geografi pula,haritu sejarah.haih.tak boleh la macam tu.ish.!
Labels: 2010, back to the past, bout ma fren, exam, PMR, sdikitbotme, someone new in me
wah...ah...!
ekh!kejap!apa aku nak cerita?alamak!ni sebab asyik tengok tv la nih!kejap kejap!ah...!hari ini (untuk pencinta alam) ada gotong royong yang kitorang buat.gotong royong ini sempena hari sukan tahunan esok sebab esok ada tetamu yang datang sekolah aku.tapi siapa ye yang datang?aku tak ingat la pula.hari ini kitorang(pencinta alam) kena bersihkan laman-laman kitorang.memandangkan laman group aku(dekat depan bilik spbt) dah bersih,so cikgu suruh kitorang bersihkan dekat laman lain.budak lelaki group aku, ada 2 orang.diorang entah pergi mana tak tolong pun.but,ada sorang senior ni and seorang kawan sekelas nadia yang tolong group aku bersihkan laman dekat surau(sekeliling surau).besar.form 4 tengah rehat bsru habis bersihkan laman dekat surau tu.at first tak ramai yang bersihkan,lama-kelamaan,yang lain pun tolong bersihkan juga laman itu.walaupun macam-macam ada (faham faham sendiri la) tapi tak adalah kotor sangat laman tu.cuma bahagian yang agak tersorok saja yang kotor.walaupun penat tapi best la juga sebab dapat buat kerja amal(yeke?ikhlas ke aku ni?) dan walaupun penat,aku dengan suzie masuk juga kelas walaupun ada beberapa minit saja lagi sebelum loceng rehat berbunyi(lebih kurang setengah jam).time itu waktu geografi.cikgu tengah bincang tentang hasil kajian.sebut tentang geografi,aku tak tahu macam mana nak buat folio geografi untuk tahun ini.entahla.aku tak tahu aku faham atau tak apa yang cikgu terangkan.yang aku tahu,aku angguk tanda faham bila cikgu tanya faham tak?.tak faham ke maknanya tu?folio sejarah aku hampir siap!kalau dah siap lagi happy!boleh terus hantar.tak perlu risau lagi.but,gambar perayaan hari raya aku tak print out lagi.nak guna gambar sendiri,ada ke?aku tak ingat pula masa kecil dulu aku ada bergambar.
entah la.*mengeluh* sekarang ini, dunia aku dah lain.ishk ishk..kalau tak faham,tak perlulah faham. :) tak penting pun. =]
esok ada sukan tahunan.aku tak masuk apa-apa acara pun tahun ini.bagus tak? *shesh!*entahla.aku memang tak aktif dalam sukan nak buat macam mana.aku tak boleh la kalau orang ramai tengok.tak biasa lagi.aih...semoga esok hari yang aman,damai,ceria,gembira etc(yang positif) untuk aku dan rakan-rakan aku yang lain.amin.
Labels: 2010, back to the past, bout ma fren, exam, PMR, sdikitbotme, seniors, someone new in me
the truth about me 2 (perkenalan saya dan dia)
ya.tajuk hari ini agak bersopan santun.(?)bahasa yang digunakan adalah bahasa yang sopan.maybe.(lol)
kisah kita bermula pada bulan febuari.saya tak berapa pasti berapa hari bulan.rasa-rasanya hari selasa semasa sekolah saya sedang cuti sempena tahun baru cina.semasa itu waktu malam saya sedang melakukan sesuatu.urm.kerja sekolah kut.time tengah asyik buat kerja.tiba-tiba fon saya berbunyi menandakan ada orang yang call.saya lihat pada skrin telefon sony ericsson kesayangan saya.ianya dari nombor yang tidak saya kenali.saya tertanya-tanya sendirian.siapa punya nombor ni?hhhmmm???
kemudian dengan teragak agak saya menekan untuk menjawab panggilan.saya memulakan.
helo?kemudian terdengar suara balasan dari awak.kemudian selepas berkata helo kepada satu sama lain awak mengatakan assalamualaikum.saya menjawabnya.kemudian awak bertanya beberapa perkara.selepas saya menjawab nama saya iffah,dan diam seketika,saya letak panggilan dari awak.
beberapa saat kemudian saya menerima mesej dari awak.awak menanyakan saya siapa.balasan seterusnya awak menghantar bertanya adakah saya marah dengan awak.saya mengatakan tidak.kerana saya tidak kisah berkawan dengan awak.kemudian awak menanya saya tentang satu nombor.saya mengatakan saya tidak kenal nombor itu.balasan seterusnya awak mengatakan bahawa awak tersilap nombor itu dengan nombor saya.ya.saya berkata di dalam hati.nombor itu daan nombor saya memang sama cuma satu sahaja nombor yang berlainan.selepas kejadian tersalah nombor itu saya dan awak terus berkawan.awak beritahu saya yang awak baru lepasan spm.awak beritahu lagi yang sekarang ni awak sedang kerja di tesco sebagai juru perakauanan.saya tertanya-tanya sendirian.adakah kerja sebagai cashier?tapi rasanya bukan.saya tahu yang awak mempunyai lima adik beradik semuanya lelaki.awak rapat dengan abang awak yang pertama sebab abang awak sungguh sporting.saya tahu lagi yang awak orang kelantan.saya pernah dengar suara awak sebab awak pernah call saya lagi dalam persahabatan kita.saya tahu yang awak panggil ibu awak mama.saya tahu awak selalu keluar minum dekat kedai dengan kawan awak.saya tahu awak merokok.awak kata kadang-kadang.saya kata saya tak suka orang yang merokok.kemudian awak kata awak akan cuba berhenti merokok demi saya.saya tahu nama awak Md Sabri Md Noor.saya tahu nama glamor awak,nama yang selalu orang lain panggil awak ialah Awie.tapi saya tidak tahu Md itu bermaksud Mad atau Muhammad atau Mohamad atau Muhamad atau Mohammad.saya ingin tanya tetapi tidak pula saya tanya.saya tidak tahu mengapa saya tidak tanya soalan itu.saya juga tidak tahu adakah awak beritahu perkara sebenar yang awak sekarang bekerja sebagai juru perakaunan memandangkan awak baharu sahaja lepasan spm sama seperti kakak saya.adakah awak marah kerana saya tidak mempercayai awak?maafkan saya.bukan niat saya untuk tidak mempercayai awak.ianya perkara biasa tidak mempercayai orang yang baru sahaja kita kenal.saya tahu yang awak pernah couple sebanyak tiga kali sebelum awak mengenali saya.saya tidak tahu siapa yang pertama dan kedua.yang saya tahu, awak pernah couple dengan perempuan bernama iqa dan tasha.saya tidak tahu iqa ex awak yang keberapa.saya tahu yang tasha merupakan orang yang ketiga.saya mengetahui awak sedang mengalami masalah yang awak tidak tahu apa dia dengan tasha semasa perkenalan kita.awak mengatakan awak tidak dapat menghubungi tasha kerana fon tasha tidak pernah mahu diangkat.saya tahu keputusan PMR awak iaitu 4A.awak dapat gred A dalam subjek P.ISLAM, SCIENCE, GEOGRAFI & BM.awak dapat gred C dalam BI.awak mengaku yang awak lemah dalam subjek BI.saya tidak kisah kerana saya pun lemah juga.MT kalau saya tidak silap awak beritahu awak dapat gred B.lagi dua subjek iaitu sejarah dan lagi satu saya tidak pasti gred apa yang awak dapat kerana ada satu subjek awak yang saya tidak ingat apa yang awak hantar.maaf.?awak menggunakan perkataan yang 'manis' apabila bersms dengan saya.seperti sayang dan baby.tetapi tidak selalu.hampir selalu.saya tidak kisah awak bersms sebegitu.cuma tertanya-tanya.apakah maksud awak menggunakan perkataan seperti itu?saya tanya awak.tetapi awak mengecewakan saya.awak suruh saya faham-faham sendiri.saya tidak mahu tersalah fikir sebab itu saya menanya awak.tapi awak tetap juga tidak memberitahu saya mengapa awak menggunakan perkataan sedemikian.saya terfikir adakah awak menyukai saya?saya fikir lagi sendirian.'jangan perasan la ifa.baru kenal nak suka.dalam mimpi pun takkan!muka pun tak tahu macam mana!merepek merepek!'saya putuskan saya tidak mahu berfikiran yang awak menyukai saya kerana awak tidak mengatakan begitu dan kerana saya tidak mahu menjadi orang yang perasan.awak mencadangkan supaya kita saling bertukar-tukar gambar.namun,maafkan saya kerana mengecewakan awak.setting saya sudah hilang.saya tidak tahu setting apa yang hilang.hingga kini masih juga sama.saya tidak tahu bagaimana harus saya perbaikinya.saya senang mengenali awak awie.saya suka berkawan dengan awak.awak sempoi.friendly.mesej terakhir yang awak hantar ialah pada 1 hb 3 2010 lepas.awak hantar: 'coll!ng aw!e jap?'.maafkan saya!saya betul-betul minta maaf!maaf saya tidak membalasnya kerana pada masa itu bateri fon saya low dan pada keesokan harinya saya ada ujian.MAAFKAN SAYA AWIE!maaf kerana saya tidak beritahu awal-awal yang saya ada ujian.maaf awie.selesai ujian saya menunggu sms dari awak tapi awak tidak pula menghantar.sehari sebelum keputusan spm kakak saya keluar saya sms awak.sepanjang hari itu awak langsung tidak menghantar satu pun sms.awie,adakah awak marah saya? *mengeluh* maaf awie.saya tidak bermaksud untuk memutuskan persahabatan kita.
awie,seandainya nia ada tersalah bahasa tersilap kata, nia pohon kemaafan dari awie.maafkan nia awie.nia tidak bermaksud memutuskan persahabatan yang nia telah buat.nia doakan semoga awie berbahagia dengan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling awie dan juga semoga berbahagia dengan orang yang awie sayangi.sekiranya diizinkan, mungkin kita akan bersua suatu hari nanti sama ada kita sedar atau tidak.salam.
p/s kepada awie: maaf sekali lagi sebab menceritakan semua ini, awie.
oooooooookkkkkkkkkkkkkaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyy..
itu dia.agak berperasaan saya menaip.kepada yang membaca,tolong la ya.jangan beritahu orang lain tentang isi di dalam tajuk pada hari ini.ianya amat private!!!itu saja yang saya minta pada pembaca(kalau ada).please dont tell others.thanks yea if not tell others?semoga hidup anda bahagia selalu. :))
Labels: 2010, back to the past, exam, PMR, sdikitbotme, someone new in me
“The adventure of life is to learn.
“What people fail to understand is, even the people who are strong, also needed someone to lean on from time to time.”
To those who had worked hard to make this blogskin. Thank you.